Saturday, January 5, 2013

RAMAI WANITA PENGHUNI NERAKA



Dari Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah SAW bersabda : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat wanitalah lebih ramai menjadi penghuni neraka,”. Seorang wanita yang cukup pintar diantara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?,”. Rasulullah SAW berkata: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.”. wanita itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?”. Rasulullah menjawab, “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita yang sama dengan penyaksian dua orang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita yang tidak mendirikan senbahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama,”.

DIPUKUL DUA BIJI BATU



Ada seorang Yahudi telah memukul kepala seorang wanita dengan dua biji batu. Lantas, orang pun bertanya kepada wanita itu, “Siapakah yang melakukannya kepada kamu? Si Anu atau Si Anu?”. Sebaik sahaja nama Yahudi itu disebutkan, wanita itu terus menganggukkan kepalanya. Yahudi itu terus tertangkap. Sebaik sahaja ditanyakan hal tersebut, Yahudi itu mengaku. Kemudian, Rasulullah SAW telah memerintahkan agar kepala Yahudi itu dipukul pula dengan dua biji batu.

BEBAS DARIPADA DIBUNUH



Pada suatu hari, ada seorang wanita yahudi datang bertemu Nabi Muhammad SAW. Dia datang bersama daging kambing beracun. Daging itu kemudiannya diserahkan kepada baginda. Lalu Rasulullah makan daging itu. Tidak lama selepas itu, wanita terbabit dihadapkan kepada Rasulullah. “Bolehkah kami membunuh dia, ya Rasulullah?” Tanya seorang kepada baginda. “Tidak,” balas Rasulullah tidak bersetuju. Selepas kejadian itu, Anas ada berkata, “Saya selalu mengetahui pengaruh racun itu dalam kerongkong beliau.”

Tuesday, May 22, 2012

TIDAK DAPAT IKAN TETAPI DAPAT SYURGA


PADA zaman dahulu, ada dua orang nelayan, seorang nelayan mukmin dan seorang lagi kafir.
 Pada suatu hari, mereka turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir itu menyebut nama tuhannya. Hasil tangkapannya amat banyak.

Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila dia menebar jalanya, dia menyebut nama Allah tetapi hasilnya tiada seekor ikan pun yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja,  nelayan mukmin itu tidak berjaya mendapat seekor ikan pun manakala nalayan kafir pulang dengan membawa ikan yang banyak.

Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redo dengan apa yang Allah ditakdirkan. Si nelayan kafir yang membawa berbakul-bakul ikan itu pulang dengan rasa bangga dan bongkak.

Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin itu berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu adalah sebuah syurga yang indah.

Berkata malaikat, “Demi Allah, sesungguhnya tidak member apa-apa penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah,”.

Setelah itu, Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir.
Berkata malaikat, “Alangkah malangnya nasib si kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dahulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahanam,”.

Sumber : www.iluvislam.com


SAUDAGAR PERMATA YANG JUJUR


 PADA suatu hari, seorang saudagar permata di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana dia ingin ke masjid untuk menunaikan solat. Selepas itu, datang seorang Badwi yang hendak membeli permata di kedai itu. Perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. 

Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh Badwi itu tanpa diminta dikurangkan harganya. Selepas urusan jual beli dan pembeli itu sedang berjalan pulang, dia terserempak dengan  Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada kepada si Badwi yang membawa barang perhiasan d kedainya tadi. Sememangnya dia kenal barang tersebut dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada si Badwi tersebut,

“Berapakah harga barang ini yang kamu beli?” 

Badwi itu menjawab, “Empat ratus dirham,”

“Tetapi harga sebenarnya Cuma dua ratus dirham sahaja.  Mari ke kedai saya supaya saya kembalikan wang selebihnya kepada saudara,” kata saudagar Yunus lagi.

“Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang inj paling murah lima ratus dirham,”

Tetapi saudagar Yunus tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didwsaknya agar Badwi tersebut balik ke kedainya dan dikembalikan wang baki kepada Badwi itu. Setelah Badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya,

“Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah SWT atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?” marah saudagar Yunus lagi.

Tetapi dia sendiri yang ingin membelinya dengan harga empat ratus dirham,” saudaranya cuba mempertahankan dirinya bahawa dia di pihak yang benar.

Kata saudagar Yunus lagi, “Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudagar kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri,”.

Sumber : www.iluvislam.com  

Saturday, May 19, 2012

KUBUR YANG BOLEH BERKATA-KATA


DIKISAHKAN bahawa sewaktu Fatimah r.a meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh empat orang. Mereka itu ialah Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a), Hasan (anak Fatimah r.a), Husin (anak Fatimah r.a), Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a . Sewaktu jenazah Fatimah r.a ditempatkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,

“Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan untuk kamu? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah Az-Zahra, anak Rasulullah SAW.”

Maka berkata kubur, “Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi jika orang itu tidak beramal solah maka dia tidak akan terlepas daripadaku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya).”

TANGISAN ISAM BIN YUSUF


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiS02gavFSJwWqYn08PxMYyhb01uALXyYQGKVoafBMjhT4cjme-AJ_k6WE8NprMDyqmnSIb_O9HbC1DaFHEy7hMK3cuFQ2WDnQpdk5XA55TD5tcNOXmE-_wJqCVYnvIv1TtG3_QgICaoik/s400/sujud2.jpg
DIKISAHKAN bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan khusyuk sembahyangnya. 

Namun demikian dia selalu khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya. 

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya:

 “Wahai Aba Abdurrahman (nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan bersembahyang?”.

Berkata Hatim, “Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin,”.

Bertanya Isam, “Bagaimana wuduk batin itu?”.

 Hatim pun menjawab, “Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali akan dosa yang telah dilakukan, tidak tergila-gila dengan dunia, tidak mencari atau pujian dari manusia, meninggalkan sifat bermegah-megah, meninggalkan sifat khianat dan menipu dan meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata,
“Kemudian aku pergi ke masjid, ku kemaskan semua anggotaku menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku. Dan ku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim dan aku menganggap bahwa sembahyangku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini ), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku sembahyang selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar menangislah dia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya kurang baik apabila dibandingkan dengan Hatim.

Thursday, April 26, 2012

INGIN MIMPIKAN RASULULLAH


 

Dikisahkan pada suatu ketika, ada seorang hamba Allah yang ingin sekali bertemu dengan Rasulullah dalam mimpinya tetapi keinginannya itu tidak pernah dikabulkan Allah walaupun dia telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Dia pun pergi untuk pergiberjumpa dengan seorang sufi untuk mendapatkan nasihat. Sufi itu pun berkata:

 “Wahai anakku, apabila tiba hari Jumaat nanti, banyakkan memakan ikan masin, tunaikan solatmu dan terus masuk tidur tanpa meminum walau setitis pun air. Dengan izin Allah keinginanmu akan dipenuhi.”

 Maka, dia pun melakukan suruhan si sufi tersebut. Semasa tidur, dia bermimpi yang dia terus menerus meminum air dari puluhan mata air. Pada pagi keesokan harinya, dia terus menemui si sufi tersebut dan berkata:
 “Wahai Maulana, aku tidak bertemu Rasulullah dalam mimpiku tetapi hanya bermimpi meminum air dari puluhan mata air kerana aku begitu kehausan. Sehingga sekarang aku masih merasa dahaga.”
 
 Si Sufi itu pun berkata kepadanya, “Disebabkan engkau makan ikan masin, maka ia telah membrimu dahaga yang begitu menyiksa sehingga sepanjang malam engkau hanya bermimpi air minum. Sekarang engkau harus merasakan dahaga yang sama kepada Rasulullah, barulah engkau boleh mendapat anugerah terindahnya.