Saturday, January 5, 2013

RAMAI WANITA PENGHUNI NERAKA



Dari Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah SAW bersabda : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat wanitalah lebih ramai menjadi penghuni neraka,”. Seorang wanita yang cukup pintar diantara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?,”. Rasulullah SAW berkata: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.”. wanita itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?”. Rasulullah menjawab, “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita yang sama dengan penyaksian dua orang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita yang tidak mendirikan senbahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama,”.

DIPUKUL DUA BIJI BATU



Ada seorang Yahudi telah memukul kepala seorang wanita dengan dua biji batu. Lantas, orang pun bertanya kepada wanita itu, “Siapakah yang melakukannya kepada kamu? Si Anu atau Si Anu?”. Sebaik sahaja nama Yahudi itu disebutkan, wanita itu terus menganggukkan kepalanya. Yahudi itu terus tertangkap. Sebaik sahaja ditanyakan hal tersebut, Yahudi itu mengaku. Kemudian, Rasulullah SAW telah memerintahkan agar kepala Yahudi itu dipukul pula dengan dua biji batu.

BEBAS DARIPADA DIBUNUH



Pada suatu hari, ada seorang wanita yahudi datang bertemu Nabi Muhammad SAW. Dia datang bersama daging kambing beracun. Daging itu kemudiannya diserahkan kepada baginda. Lalu Rasulullah makan daging itu. Tidak lama selepas itu, wanita terbabit dihadapkan kepada Rasulullah. “Bolehkah kami membunuh dia, ya Rasulullah?” Tanya seorang kepada baginda. “Tidak,” balas Rasulullah tidak bersetuju. Selepas kejadian itu, Anas ada berkata, “Saya selalu mengetahui pengaruh racun itu dalam kerongkong beliau.”