Thursday, April 26, 2012

INGIN MIMPIKAN RASULULLAH


 

Dikisahkan pada suatu ketika, ada seorang hamba Allah yang ingin sekali bertemu dengan Rasulullah dalam mimpinya tetapi keinginannya itu tidak pernah dikabulkan Allah walaupun dia telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Dia pun pergi untuk pergiberjumpa dengan seorang sufi untuk mendapatkan nasihat. Sufi itu pun berkata:

 “Wahai anakku, apabila tiba hari Jumaat nanti, banyakkan memakan ikan masin, tunaikan solatmu dan terus masuk tidur tanpa meminum walau setitis pun air. Dengan izin Allah keinginanmu akan dipenuhi.”

 Maka, dia pun melakukan suruhan si sufi tersebut. Semasa tidur, dia bermimpi yang dia terus menerus meminum air dari puluhan mata air. Pada pagi keesokan harinya, dia terus menemui si sufi tersebut dan berkata:
 “Wahai Maulana, aku tidak bertemu Rasulullah dalam mimpiku tetapi hanya bermimpi meminum air dari puluhan mata air kerana aku begitu kehausan. Sehingga sekarang aku masih merasa dahaga.”
 
 Si Sufi itu pun berkata kepadanya, “Disebabkan engkau makan ikan masin, maka ia telah membrimu dahaga yang begitu menyiksa sehingga sepanjang malam engkau hanya bermimpi air minum. Sekarang engkau harus merasakan dahaga yang sama kepada Rasulullah, barulah engkau boleh mendapat anugerah terindahnya.