Tuesday, May 22, 2012

SAUDAGAR PERMATA YANG JUJUR


 PADA suatu hari, seorang saudagar permata di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana dia ingin ke masjid untuk menunaikan solat. Selepas itu, datang seorang Badwi yang hendak membeli permata di kedai itu. Perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. 

Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh Badwi itu tanpa diminta dikurangkan harganya. Selepas urusan jual beli dan pembeli itu sedang berjalan pulang, dia terserempak dengan  Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada kepada si Badwi yang membawa barang perhiasan d kedainya tadi. Sememangnya dia kenal barang tersebut dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada si Badwi tersebut,

“Berapakah harga barang ini yang kamu beli?” 

Badwi itu menjawab, “Empat ratus dirham,”

“Tetapi harga sebenarnya Cuma dua ratus dirham sahaja.  Mari ke kedai saya supaya saya kembalikan wang selebihnya kepada saudara,” kata saudagar Yunus lagi.

“Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang inj paling murah lima ratus dirham,”

Tetapi saudagar Yunus tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didwsaknya agar Badwi tersebut balik ke kedainya dan dikembalikan wang baki kepada Badwi itu. Setelah Badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya,

“Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah SWT atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?” marah saudagar Yunus lagi.

Tetapi dia sendiri yang ingin membelinya dengan harga empat ratus dirham,” saudaranya cuba mempertahankan dirinya bahawa dia di pihak yang benar.

Kata saudagar Yunus lagi, “Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudagar kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri,”.

Sumber : www.iluvislam.com