Saturday, May 19, 2012

TANGISAN ISAM BIN YUSUF


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiS02gavFSJwWqYn08PxMYyhb01uALXyYQGKVoafBMjhT4cjme-AJ_k6WE8NprMDyqmnSIb_O9HbC1DaFHEy7hMK3cuFQ2WDnQpdk5XA55TD5tcNOXmE-_wJqCVYnvIv1TtG3_QgICaoik/s400/sujud2.jpg
DIKISAHKAN bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan khusyuk sembahyangnya. 

Namun demikian dia selalu khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya. 

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya:

 “Wahai Aba Abdurrahman (nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan bersembahyang?”.

Berkata Hatim, “Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin,”.

Bertanya Isam, “Bagaimana wuduk batin itu?”.

 Hatim pun menjawab, “Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali akan dosa yang telah dilakukan, tidak tergila-gila dengan dunia, tidak mencari atau pujian dari manusia, meninggalkan sifat bermegah-megah, meninggalkan sifat khianat dan menipu dan meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata,
“Kemudian aku pergi ke masjid, ku kemaskan semua anggotaku menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku. Dan ku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim dan aku menganggap bahwa sembahyangku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini ), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku sembahyang selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar menangislah dia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya kurang baik apabila dibandingkan dengan Hatim.