PADA zaman dahulu, ada dua orang nelayan, seorang nelayan
mukmin dan seorang lagi kafir.
Pada suatu hari, mereka turun ke laut untuk
menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir itu menyebut nama tuhannya.
Hasil tangkapannya amat banyak.
Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila dia menebar
jalanya, dia menyebut nama Allah tetapi hasilnya tiada seekor ikan pun yang
tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin itu tidak berjaya mendapat
seekor ikan pun manakala nalayan kafir pulang dengan membawa ikan yang banyak.
Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin
itu tetap bersabar serta redo dengan apa yang Allah ditakdirkan. Si nelayan
kafir yang membawa berbakul-bakul ikan itu pulang dengan rasa bangga dan
bongkak.
Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin itu berasa
simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat
yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu adalah sebuah syurga yang
indah.
Berkata malaikat, “Demi Allah, sesungguhnya tidak member
apa-apa penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah,”.
Setelah itu, Allah memperlihatkan tempat yang disediakan
untuk nelayan kafir.
Berkata malaikat, “Alangkah malangnya nasib si kafir.
Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dahulu
sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahanam,”.