Thursday, April 19, 2012

KISAH KEINGINAN DUA SAUDARA

Terdapat seorang lelaki yang mewarisi sebuah rumah kepada dua anaknya. Maka tinggallah seorang yang beriman dan beramal di tingkat atas, sedangkan tinggal di tingkat bawah saudara yang sangat teruk keadaannya, hidup bergelumang dengan dosa dan noda. Mereka menjalani kehidupan mereka selama 40 tahun di rumah tersebut.

 Pada suatu malam, masing2 berbicara kepada diri sendiri. Saudara soleh yang di tingkat ats berkata, “Salahkah jika satumalam ini sahaja aku menyertai saudaraku merasa kenikmatan dunia? Lagipun aku telah hidup dalam keadaan taat kepada Allah selama 40 tahun. Pasti Allah akan mengampuni atas apa yang selama ini aku persembahkan untuk-Nya.

Keadaan yang sama berlaku kepada jiwa saudara fasik yang berlumuran dosa. Dia ingin menjadi baik seperti saudaranya di atas. “Mengapa tidak malam ini aku berjumpa saudaraku  di atas untuk bersama-samanya  sujud dan menghambakan diri di hadapan Allah SWT.”

Mereka dihantui keinginan masing-masing. Seorang ingin merasa kenikmatan dunia manakala seorang lagi ingin merasakan manisnya ibadah dihadapan Tuhan. Akhirnya, pada masa yang sama kedua-duanya memutuskan untuk mencuba pengalaman baru pada malam itu.

Di kegelapan malam itu, saudara soleh keluar dari rumahnya dan segera turun menuju ke rumah saudaranya dibahagian bawah manakala saudara fasik juga keluar dengan tergesa-gesa melangkah menuju rumah saudaranya di tingkat atas. Keadaan kedua-dua mereka yang gopoh antara ragu dan mahu, ditemani kegelapan malam tanpa cahaya lampu menyebabkan mereka berdua berlaga antara satu sama lain. Pertembungan yang kuat itu menyebabkan kedua-dua mereka jatuh dari tangga lalu mati ketika itu juga. Maka, kedua-duanya dibangkitkan atas niat terakhir mereka sebelum mereka mati.

P/S: Kisah ini dipetik daripada sebuah buku yang telah saya baca, secara tidak langsung ingin berkongsi cerita kepada kawan-kawan semua.

Buku: Menyusun Struktur Perasaan Dan Fikiran Insan
Karya: Abdul Shahiid Shafruddin